Monday, July 20, 2009

RIDE HARD OR STAY HOME

RIDE HARD OR STAY HOME...
Satu cogan kata yang saya cedok dari filem holywood yang agak terkenal. sering kali ia di sebut oleh rakan rakan yang berkongsi minat bersama saya. mungkin ada yang tertanya tanya apa maksud dan apa hubungkaitnya perkataan ini. bagi saya ia melambangkan kebebasan dan kepuasan yang di perolehi dan rasai apabila saya dapat berkonvoy atau menyertai jelajah bermotor bersama rakan rakan. kepuasan dan pengalaman yang diperolehi ini adalah satu cara bagi saya melepas tekanan kerja dan hidup.

Negara kita memang di ketahui mengalami berbagai masalah gejala sosial yang banyak menganggu keharmonian masyarakatnya. Yang kerap di dengar adalah gejala Mat Rempit atau Kutu Jalanan yang sering membuat onar dan mendatangkan masalah. Siapalah saya ingin bercerita mengenai masalah ini tetapi saya tidak segan silu mengaku bahawa saya pernah terlibat dalam kancah gejala sosial ini di awal kehidupan, sebelum saya berumah tangga dan berkerjaya. Namun begitu saya faham akan kehandak dan perasaan yang mereka rasa dan lalui.
Sekiranyaberpeluang dan berkesempatan saya akan cuba mengupas dan mengolah gejala ini melalui pengalaman yang saya lalui sendiri.

Pembukaan...

asalammualikum...
setelah sekian lama mendaftar ke web ni, hari ni baru saya ada masa nak membelek dan melihat keadaan web ini. tujuan saya membina laman ini adalah sebai satu platform mengenali lebih lanjut akan dunia siber. Bertapa cangihnya perubahan yang telah kita alami dan betapa besarnya inpak blogger kepada dunia masa kini. Blogger merupakan perantaraan matlumat yang cukup baik bagi saya selain dari mengisi masa lapang. Di harapkan laman weeb saya ini akan dapat memberi manfaat kapada meraka yang melayarinya.