Thursday, September 3, 2009

selamat berpuasa

hari ini baru ada masa nak bukak blog.. sibuk dengan kursus kali ini... ditambah dengan bulan puasa ni.. sedar tak tak sedar suadah 15 hari kta berpuasa.. setakat ini alham dulilah masih tak bocor lagi hahahaha. Di bulan puasa ni pun saya tak berkesempatan nak join group untuk ride ke mana mana.. Kuda besi pun dah lama tak bergerak ...

Wednesday, August 5, 2009

PD Bike Week




Pada hari sabtu yang lepas saya berkesempatan mengikut Konvoi ke PD bike week.. seronok juga setelah sekian lama tak berpeluang nak Ride ramai ramai ni. Tapi macam macam dugaan la yang di hadapi. Mula mula nak dapan lesen nak keluar dari orang rumah pun susah jugak, maklum la orang perempuan ni takut laki dia buat hal kat luar pulak hahaha... Keadaan cuaca yang tak mengizinkan pun satu hal sampai ada kuda besi yang tersadai tak dapat nak teruskan konvoi, dan terpaksa naik lori. Tetapi alhamdulilah semua selamat sampai dan pulang, macam macam aktiviti dianjurkan hari itu tapi saya tak dapat naksertai semua disebabkan ada urusan dikampung, mungkin lain kali boleh turut serta dalam semua aktiviti walau bagaimanapun saya tetap enjoy....

H1N1




Wah hari ini saya dapat tahu rakan sejawat ada yang dah kena kuarentin suspect H1N1...
risau jugak rasanya.. tapi nak cakap banyak pasal benda ni agak sensentif jugak..
offis dah mula ambik langkah berjaga jaga, dah mula nampak orang pakai topeng muka, mula mula rasa macam kelakar pulak tapi bila dah terbaca notis board mula rasa kurang selesa. biasa la kan sikap orang melayu. Melayu mudah Lupa katakan..
mula mula dengar kes ni macam jauh dan mungkin hanya orang yang pergi ke luar negara sahaja yang terdedah, tapi ternyata sekarang masalah ni dah sampai depan batang hidung rupanya. mintak jauh la sangat sangat. Tapi dalam takut tu ada jugak yang buat lawak.. " kalau ramai yang kena kat kawasan kita boleh la dapat cuti free seminggu" bunyi macam seronok tapi kalau tak kena penyakit, di buatnya kena, bertarung hidup dan mati dan anak bini pun terdedah sama. Memang penularaan dalaman ni agak bahaya. rasa betul macam tak selamat nak keluar lepak lepak di kawasan awam, nak bawak anak anak bermain di taman pun pikir dua tiga kali..
Bila saya buat kajian di laman web terkejut dengan apa yang saya jumpa. baru saya tahu di negara barat mereka membela babi ni macam bela kucing, boleh dicium dipeluk dan di bawak bermain.. memang patut la jadi macam ni Tuhan dah larang manusia dari menghampiri babi tapi sikap manusia yang degil lah yang buat kita sengsara dan merana.

Monday, July 20, 2009

RIDE HARD OR STAY HOME

RIDE HARD OR STAY HOME...
Satu cogan kata yang saya cedok dari filem holywood yang agak terkenal. sering kali ia di sebut oleh rakan rakan yang berkongsi minat bersama saya. mungkin ada yang tertanya tanya apa maksud dan apa hubungkaitnya perkataan ini. bagi saya ia melambangkan kebebasan dan kepuasan yang di perolehi dan rasai apabila saya dapat berkonvoy atau menyertai jelajah bermotor bersama rakan rakan. kepuasan dan pengalaman yang diperolehi ini adalah satu cara bagi saya melepas tekanan kerja dan hidup.

Negara kita memang di ketahui mengalami berbagai masalah gejala sosial yang banyak menganggu keharmonian masyarakatnya. Yang kerap di dengar adalah gejala Mat Rempit atau Kutu Jalanan yang sering membuat onar dan mendatangkan masalah. Siapalah saya ingin bercerita mengenai masalah ini tetapi saya tidak segan silu mengaku bahawa saya pernah terlibat dalam kancah gejala sosial ini di awal kehidupan, sebelum saya berumah tangga dan berkerjaya. Namun begitu saya faham akan kehandak dan perasaan yang mereka rasa dan lalui.
Sekiranyaberpeluang dan berkesempatan saya akan cuba mengupas dan mengolah gejala ini melalui pengalaman yang saya lalui sendiri.

Pembukaan...

asalammualikum...
setelah sekian lama mendaftar ke web ni, hari ni baru saya ada masa nak membelek dan melihat keadaan web ini. tujuan saya membina laman ini adalah sebai satu platform mengenali lebih lanjut akan dunia siber. Bertapa cangihnya perubahan yang telah kita alami dan betapa besarnya inpak blogger kepada dunia masa kini. Blogger merupakan perantaraan matlumat yang cukup baik bagi saya selain dari mengisi masa lapang. Di harapkan laman weeb saya ini akan dapat memberi manfaat kapada meraka yang melayarinya.