Wednesday, August 5, 2009

H1N1




Wah hari ini saya dapat tahu rakan sejawat ada yang dah kena kuarentin suspect H1N1...
risau jugak rasanya.. tapi nak cakap banyak pasal benda ni agak sensentif jugak..
offis dah mula ambik langkah berjaga jaga, dah mula nampak orang pakai topeng muka, mula mula rasa macam kelakar pulak tapi bila dah terbaca notis board mula rasa kurang selesa. biasa la kan sikap orang melayu. Melayu mudah Lupa katakan..
mula mula dengar kes ni macam jauh dan mungkin hanya orang yang pergi ke luar negara sahaja yang terdedah, tapi ternyata sekarang masalah ni dah sampai depan batang hidung rupanya. mintak jauh la sangat sangat. Tapi dalam takut tu ada jugak yang buat lawak.. " kalau ramai yang kena kat kawasan kita boleh la dapat cuti free seminggu" bunyi macam seronok tapi kalau tak kena penyakit, di buatnya kena, bertarung hidup dan mati dan anak bini pun terdedah sama. Memang penularaan dalaman ni agak bahaya. rasa betul macam tak selamat nak keluar lepak lepak di kawasan awam, nak bawak anak anak bermain di taman pun pikir dua tiga kali..
Bila saya buat kajian di laman web terkejut dengan apa yang saya jumpa. baru saya tahu di negara barat mereka membela babi ni macam bela kucing, boleh dicium dipeluk dan di bawak bermain.. memang patut la jadi macam ni Tuhan dah larang manusia dari menghampiri babi tapi sikap manusia yang degil lah yang buat kita sengsara dan merana.

No comments:

Post a Comment